logo-nafas

MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

1

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Majlis tersebut disertai seramai 257 melibatkan kepimpinan tertinggi NAFAS terdiri daripada Ahli Jemaah Pengarah NAFAS (AJP), Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat Subsidiari NAFAS serta warga kerja NAFAS secara sukarela dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.

 

5

 

Ikrar ini diketuai Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Zamri bin Yaakob dan disaksikan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Razim Mohd. Noor.

2

YH. Dato’ Haji Zamri berkata, IBR merupakan inisiatif yang diperkenalkan SPRM bagi memberi penekanan kepada ikrar dan janji dalam kapasiti individu supaya tidak terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa ketika menjalankan tugas.

4

“Sebagai agensi bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, NAFAS memikul tanggungjawab dalam memperbaiki sosio-ekonomi para peladang dengan penumpuan kepada peningkatan pendapatan serta memajukan industri pertanian negara.

6

“Justeru, penekanan ikrar yang dibuat secara sukarela ini penting supaya setiap individu akan melaksanakan tugas dengan lebih bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

6

Tambah beliau, IBR juga merupakan tanda komitmen dalam memperkasakan integriti dan nilai insan yang tinggi sekali gus menjadikan NAFAS sebuah organisasi yang telus dan cemerlang.

 

 

28-08-2023
SANTAI PELADANG NEGERI JOHOR
SANTAI PELADANG NEGERI JOHOR

    28 OGOS 2023 | MUAR, JOHOR YB Datuk Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan menyempurnakan penyampaian peruntukan LPP berjumlah RM2.35 Juta kepada NAFAS bagi Projek Menaiktaraf Bangunan Pusat...

Read more
24-08-2023
PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN CERAMAH KESIHATAN BERSAMA KELANA JAYA MEDICAL CENTRE
PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN CERAMAH KESIHATAN BERSAMA KELANA JAYA MEDICAL CENTRE

    24 OGOS 2023 | IBU PEJABAT NAFAS Program pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan bersama Kelana Jaya Medical Centre telah dihadiri lebih 50 staf NAFAS & Subsidiari.

Read more
23-08-2023
PROGRAM TAUTAN TANI 2023 PPK MELAKA TENGAH
PROGRAM TAUTAN TANI 2023 PPK MELAKA TENGAH

    23 OGOS 2023 | MELAKA TENGAH Program Tautan Tani 2023 PPK Melaka Tengah dihadiri lebih 50 peserta.

Read more
10-08-2023
LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL)
LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL)

    10 OGOS 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Latihan Kebakaran (Fire Drill) peringkat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dengan kerjasama Pihak Bomba Sg. Buloh telah diadakan di Ibu Pejabat NAFAS hari ini.

Read more
08-08-2023
SENTUHAN AGRO MADANI PERINGKAT NEGERI PERAK
SENTUHAN AGRO MADANI PERINGKAT NEGERI PERAK

    8 OGOS 2023 | PARIT BUNTAR, PERAK Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada...

Read more
03-08-2023
PROJEK PENGURUSAN TANAMAN PADI BERSEPADU (PTPB)
PROJEK PENGURUSAN TANAMAN PADI BERSEPADU (PTPB)

    3 OGOS 2023 | PENDANG, KEDAH Projek Pengurusan Tanaman Padi Bersepadu (PTPB) diterajui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) hari ini menerima...

Read more
02-08-2023
MAJLIS SOFT LAUNCH SECARA MAYA
MAJLIS SOFT LAUNCH SECARA MAYA

    2 OGOS 2023 | SEATTLE, AMERIKA SYARIKAT YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan (KPKM) telah menyempurnakan Majlis Soft Launch secara maya bagi lapan (produk jenama...

Read more
02-08-2023
PROGRAM TAUTAN TANI 2023 PPK ENDAU
PROGRAM TAUTAN TANI 2023 PPK ENDAU

    2 OGOS 2023 | ENDAU, JOHOR Program Tautan Tani 2023 PPK Endau dihadiri 70 peserta di Dewan PPK Endau, Johor.

Read more
25-07-2023
PROGRAM TAUTAN TANI PPK TONGOD
PROGRAM TAUTAN TANI PPK TONGOD

    13 JUN 2023 | PROGRAM TAUTAN TANI PPK JAYA PERINGAT Program Tautan Tani telah dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS bersama Pertubuhan Peladang Kawasan Tongod di Kampung Bobotong, Tongod, Sabah melibatkan...

Read more
21-07-2023
PROGRAM SANTAI PELADANG YBM BERSAMA PIMPINAN PELADANG ZON TENGAH 2023
PROGRAM SANTAI PELADANG YBM BERSAMA PIMPINAN PELADANG ZON TENGAH 2023

    21 JULAI 2023 | SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN YB. Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan meluangkan masa untuk bersama-sama Pemimpin Peladang Zon Tengah merangkumi Perak, Selangor, Wilayah...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2023 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)