RANTAU PANJANG - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mahu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) mengambil kesempatan untuk terlibat secara langsung dalam merealisasikan lima sektor baharu pertubuhan itu. Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Mohd. Hisyamuddin Ghazali berkata, pihaknya mahu kira-kira 980,000 ahlinya yang majoritinya merupakan peladang itu menjana ekonomi melalui lima sektor baharu ini. "Sebelum ini kita dah umumkan lima sektor berkenaan iaitu sektor perladangan, industri ayam, ruminan (lembu), padi dan perdagangan dalam dan luar untuk meningkatkan ekonomi ahli kita. "Sebagai contoh jika kita lihat negeri Kelantan ini menjadi laluan bagi lembu dan kambing masuk sebelum dihantar ke negeri-negeri lain. Malah kita boleh lihat benih pokok hiasan yang dijual di kedai-kedai di tepi jalan antara kawasan Meranti di sini hingga ke Jeli juga dibawa dari negara jiran," katanya ketika ditemui ditemui di sini hari ini.
Nilai kejujuran perlu diutamakan dalam mengurus pertubuhan peladang bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat mendatangkan kesan dan memberikan pulangan terbaik kepada ahli peladang, kata Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Senator Dr Yaakob Sapari. Berucap pada majlis Kasih Peladang Kelantan di Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang 2, Rantau Panjang, 27 September lalu, Dr Yaakob berkata, ahli-ahli jemaah pengarah NAFAS yang sedang berkhidmat berjanji untuk menguruskan NAFAS dan anak syarikatnya dengan baik dan jujur. Dengan pengurusan yang baik dan jujur, ujar beliau NAFAS akan memperolehi keuntungan yang kemudiannya disalurkan pula kepada ahli peladang. Sehubungan itu, beliau menasihati ahli pertubuhan peladang agar memilih ahli jemaah pengarah (AJP) yang jujur bagi memastikan organisasi yang ada diurus dengan baik.
Industri pertanian negara perlu dimajukan bagi menarik minat generasi muda berkecimpung dalam bidang ini, kata Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi. Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Perlis Ke-36 di Dewan Peladang, Pertubuhan Peladang Kawasan Bahagia C-1, Kangar pada 26 September, beliau berkata, industri pertanian negara yang agak terkebelakang tidak mampu menarik minat anak muda untuk menyertai bidang ini. Malaysia ujarnya, perlu mencontohi negara-negara lain yang mampu memajukan industri pertanian dan menghasilkan ramai peladang berpendapatan tinggi sekaligus menarik ramai anak muda menceburi sektor ini. "Bekalan makanan yang mencukupi bagi rakyat menjadi matlamat utama untuk dicapai oleh kerajaan agar aspek keselamatan makanan negara terjamin dan import makanan dapat dikurangkan," ujar beliau.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more