Pendang, 19 September 2021 - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Yang Berhormat Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh pada hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Musim Menuai Program Pengurusan Tanaman Padi Bersepadu (PTPB) NAFAS-Petronas di Kg Namdam, di sini.
Program PTPB NAFAS-Petronas melibatkan 68 orang pesawah - ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Kubur Panjang melibatkan keluasan 70 hektar kawasan penanaman padi yang bermula musim satu penanaman ada April lalu.
Projek sulung di Kg Namdam, Pendang di sini turut melibatkan bekerjasama rakan-rakan strategik iaitu Syarikat Subsidiari NAFAS; Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) yang beroperasi di Gurun membekalkan baja NPK berformulasi khas, Petronas Chemicals Group Berhad yang turut membekalkan baja Agrenas DTU atau dikenali di kalangan petani sebagai Urea Biru yang mempunyai kadar penyerapan yang lebih efisien, Thirty Three Management Sdn Bhd yang membekalkan input rawatan tanah, Antah Bumimedic Sdn Bhd yang membekalkan bahan berformulasi bagi merawat benih dan menangkis serangan kulat dan serangga, Braintree Sdn Bhd yang membekalkan perkhidmatan kepakaran pengendalian drone pertanian serta Advansia Sdn Bhd yang membekalkan input racun serta khidmat nasihat serta kepatuhan dalam penggunaan racun perosak.
Projek PTPB ini turut dipandu oleh local paddy expert, iaitu Encik Jaafar Zakaria yang berpengalaman lebih 25 tahun di dalam industri penanaman padi serta telah menerima beberapa anugerah di dalam dan luar negara yang bertanggungjawab dalam menyediakan jadual penanaman, SOP tanaman tepat mengikut kesesuaian dan kesimbangan tanah dan saliran.
Kesemua rakan strategik ini membantu dalam penyelidikan dan pembaharuan di dalam sistem kesuburan tanah serta kepatuhan SOP penanaman yang bersesuaian bagi kawasan luar jelapang di Kg Nandam ini yang mana bergantung sepenuhnya kepada taburan hujan sebagai sumber air.
Dengan kaedah dan SOP penanaman PTPB, purata hasil pengumpulan bagi satu musim ini menunjukkan peningkatan sebanyak 7 tan metrik per hektar berbanding 2.95 tan metrik per hektar yang terhasil pada musim-musim sebelum ini.
NAFAS menerusi program ini terus komited merangka hala tuju strategik bagi memperkasakan industri padi dan beras negara. Program ini seiring dengan matlamat Kerajaan dalam meningkatkan hasil setiap hektar tanah, meningkatkan pendapatan petani dan seterusnya meningkatkan kadar tahap sara diri (SSL) beras negara iaitu daripada 70 peratus ke 75 peratus.
Kerjasama pembangunan NAFAS-Petronas ini mensasarkan untuk diperluaskan kawasan penanaman untuk tiga musim lagi di sini dengan keluasan 75 hektar serta mengunjurkan lonjakan hasil antara 3 hingga 4 tan metrik per hektar semusim.
Selain - turut merancang untuk memperluaskan PTPB di beberapa kawasan berpotensi yang dikenal pasti di Perlis, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dengan mensasarkan keluasan 5,000 hektar keseluruhan.
Projek ini turut memberi galakan kepada petani muda untuk terlibat dalam bidang tanaman padi sebagai satu profesion yang menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta dibantu penggunaan teknologi terkini yang dapat memudahkan kerja-kerja penanaman padi serta mewujudkan sistem pertanian lebih terancang selain memperoleh hasil tuaian yang baik.
NAFAS sebagai institusi yang menjadi antara tulang belakang bagi sektor pertanian pastinya akan sentiasa berada dalam barisan hadapan serta bersedia untuk melaksanakan perubahan mengharungi cabaran dalam memastikan industri pertanian terus proaktif dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Johor, 23 September 2021 - YH. Dato' Zamri bin Yaakob, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS mengadakan lawatan kerja ke Medan Juara Sdn. Bhd. Lawatan kerja ini bertujuan meninjau sendiri tapak dan tempat...
Read morePendang, 19 September 2021 - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Yang Berhormat Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh pada hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Musim Menuai Program Pengurusan Tanaman Padi...
Read morePUTRAJAYA, 10 September 2021 - Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, mengumumkan agihan kadar dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) di bawah...
Read more2 Mei 2021 | Shah Alam - NAFAS menyempurnakan tanggungjawab zakat perniagaan bagi Negeri Selangor dengan penyerahan zakat sebanyak lebih RM 2.59 juta kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.Simbolik penyerahan disampaikan...
Read moreIsnin | 26 APRIL 2021 - Jawatankuasa Penyelaras Pengerusi-Pengerusi PPK MADA menyatakan sokongan terhadap usaha NAFAS dalam memastikan Industri Padi Beras Negara berkembang maju seiring dengan halatuju yang telah ditetapkan oleh...
Read moreSelasa | 30 Mac 2021 - Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan telah menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan dalam Program Jom Ke Sekolah di Beluran Sabah. Seramai 7,000...
Read moreMajlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara NAFAS dan Enspire Ventures Sdn Bhd telah berlansung di Dewan Utama NAFAS hari ini diwakili oleh Pengerusi Ahli jemaah Pengarah NAFAS Ybhg. Dr. Anis bin...
Read more9 Januari 2021 - Seramai 450 orang pelajar dari kawasan Parlimen Jasin telah menerima bantuan sumbangan kelengakapan persekolahan di dalam satu Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Jasin yang disampaikan oleh YB...
Read morePenggunaan teknologi dalam pertanian dipelopori oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan seiring dengan perkembangan dunia saban tahun sekaligus membawa hasrat kerajaan untuk memacu industri pertanian ke arah teknologi berdaya tinggi. Dengan...
Read more7 JANUARI 2021 | PRIMA KAJANG, SELANGOR - Ayam sejuk beku keluaran NAFAS Food kini boleh didapati di stesen minyak Petronas yang terpilih menerusi program Segar@Mesra hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam...
Read more