logo-nafas

AHLI PELADANG HARGAI BANTUAN NAFAS

Jengka04 kBANDAR JENGKA, 28 Dis | Ahli Peladang dan ibu bapa yang menerima bantuan program Kembali Ke Sekolah berterima kasih dengan keprihatinan NAFAS dan berharap program serupa dapat diteruskan di masa-masa akan datang.


Foto di atas : Puan Normah bersama keluarga pelajar yang menerima bantuan Jom Ke Sekolah NAFAS.

Husin Haji Ismail k

Husin Haji Ismail

Husin bin Haji Ismail, 64, dari Unit Peladang Jengka 23, Sri Kerdau berterima kasih kepada NAFAS kerana prihatin dengan soal kebajikan ahli-ahli Peladang.

Program seperti ini, katanya boleh membantu menggalakkan generasi muda khususnya anak-anak ahli Peladang untuk menyertai Pertubuhan Peladang.

Beliau yang telah menetap di Jengka selama 34 tahun selepas berhijrah dari Sungai Limau, Yan, Kedah mengakui sering menggalakkan tiga anak beliau untuk menyertai Pertubuhan Peladang kerana banyak manfaat yang diperolehi.

Husin yang mengusahakan tanaman sawit berharap program serupa dapat dilaksanakan NAFAS pada masa akan datang.

Mohd Aris Mohd Nor k

Mohd Aris Mohd Nor

Mohd Aris bin Mohd Nor, 43, dari Jengka 17 menyambut baik program yang dilaksanakan NAFAS demi kebajikan ahli Peladang.

Pesara tentera yang mengusahakan ternakan kelulut dan udang kara air tawar itu mempunyai enam anak dengan tiga masih di bangku sekolah.

"Walaupun pada hari ini saya menerima bantuan membeli keperluan sekolah bagi seorang anak, ia sudah banyak membantu," katanya.

Beliau berharap NAFAS dan Pertubuhan Peladang dapat melaksanakan pelbagai projek untuk meningkatkan taraf hidup petani seperti beliau.

Seorang lagi ahli Peladang yang ditemui, Raja a/l Nakapan, dari Jengka 21 menemani anak saudaranya untuk menerima bantuan Jom Ke Sekolah oleh NAFAS.

Beliau yang tinggal bersama bapa dan enam beradik mengusahakan 10 ekar tanaman sawit di tanah rancangan Felda.

Raja al Nakapan k

Raja a/l Nakapan

Raja melahirkan perasaan gembira dengan bantuan yang diberi NAFAS dan berharap usaha murni ini diteruskan pada masa akan datang.

Norafadilla Aida Mohd Baharuddin k

Norafadilla Aida Mohd Baharuddin

Norafadilla Aida binti Mohd Baharuddin, dari Jengka 21 bersyukur menerima bantuan persekolahan untuk anaknya.

Ibu kepada tiga anak ini mengusahakan tanaman cili secara berkumpulan sebagai punca pendapatan.

Beliau berharap program seumpama ini dteruskan NAFAS di masa akan datang bagi membantu meringankan beban perbelanjaan ahli Peladang yang kurang berkemampuan.

Dalam sidang media selepas majlis perasmian, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Puan Normah Yusof berkata, NAFAS memperuntukkan RM30,000 bagi memberi bantuan persekolahan kepada 200 penerima di Bandar Jengka.

Senarai penerima, jelasnya terdiri daripada golongan B40 dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Maran, Seri Kerdau dan Chenor juga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Para penerima juga, ujar Puan Normah tidak menerima bantuan daripada Yayasan Pahang.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)