logo-nafas

NAFAS, PPN JOHOR METERAI MOU TERNAKAN AYAM

IndustriAyam01JOHOR BAHRU, 1 Dis | Bagi melengkapkan 'rantaian nilai' sektor ternakan ayam milik pertubuhan peladang, memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dimeterai sempena Majlis Perasmian Penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK2019) di Angsana Mall, dekat sini.

NAFAS diwakili Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi manakala PPNJ diwakili Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Haji Omar Salleh.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Haji Tosrin Jarvanthi, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Pembangunan), Datuk Salim Parlan, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian (Dasar), Datuk Haslina Abd Hamid dan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman.

NAFAS adalah pemilik syarikat memproses ayam, Nafas Food & Processing Sdn Bhd juga syarikat pengeluar makanan (dedak) ayam, Nafas Feedmill Sdn Bhd manakala PPNJ pula memiliki syarikat pengeluar anak ayam, Medan Juara Sdn Bhd dan pemprosesan ayam, PPNJ Poultry Sdn Bhd.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan penutup HPPNK2019, Datuk Seri Salahuddin menyeru anak muda agar menceburi bidang pertanian yang menjanjikan pendapatan menarik.

Beliau memberi contoh tanaman nenas tempatan yang kini mendapat pasaran di peringkat antarabangsa khususnya China sehingga permintaan tidak mencukupi.

IndustriAyam02

Majlis menandatangani MoU antara Nafas dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor bagi industri ayam.

Negeri Johor, ujar beliau berpotensi untuk menjadi hab pengeluaran nenas bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

Johor juga, tambah Salahuddin berpotensi jadi hab pengeluaran kerang-kerangan terbesar di Malaysia juga industri ruminan (lembu dan kambing).

"Kita akan menjadikan semua sektor dalam bidang pertanian sebagai sumber kekayaan yang akan memberikan pulangan yang besar kepada golongan peladang, penternak dan nelayan dalam negara ini," ujarnya.

Menyentuh tentang penganjuran HPPNK2019, Salahuddin yakin unjuran jualan tunai, kredit dan MoU berjumlah RM30 juta mampu dicapai dengan jumlah pengunjung mencecah 500,000 orang.

Beliau juga melahirkan perasaan gembira kerana hasil tinjauan mendapati hampir 70% peserta yang terlibat dalam pameran HPPNK2019 terdiri daripada anak-anak muda.

"Anak-anak muda telah melihat bidang pertanian sebagai sumber pendapatan dan mencari rezeki," katanya.

Pihak kementerian, ujar beliau akan terus memberikan khidmat terbaik kepada peladang, penternak dan nelayan kerana ruang untuk berjaya dalam bidang pertanian adalah terlalu luas.

Salahuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor dan kakitangan kerajaan yang berusaha keras menjayakan HPPNK2019.

Berucap di majlis yang sama, Haji Tosrin merakamkan terima kasih di atas kesudian kementerian menjadikan Johor sebagai tuan rumah HPPNK2019

Kerajaan negeri, ujarnya turut memastikan sektor pertanian tidak dipinggirkan apabila melaksanakan 'Revolusi Hijau' di Johor.

Menurut beliau, bagi membasmi kemiskinan tegar di bandar, Johor telah melaksanakan projek pertanian dalam bandar dengan peruntukan RM1 juta bagi tahun 2020.

Tambah beliau, sejumlah RM500,000 juga telah diperuntukkan dalam Bajet 2020 untuk memulihkan kolam-kolam ternakan ikan di Johor.

Projek ternakan lembu tenusu juga, katanya akan dilaksanakan di negeri itu.

Bagi mengoptimumkan pembangunan tanah-tanah terbiar, tambah beliau, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai projek antaranya tanaman nenas seluas 30 ekar di Felda Tebrau dan tanaman lada hitam seluas 10 ekar di Felda Inas.

Haji Tosrin juga menaruh keyakinan bahawa industri asas tani (IAT) memainkan peranan penting dalam kemajuan negara.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)