logo-nafas

PELBAGAIKAN USAHA PERTANIAN UNTUK TAMBAH PENDAPATAN

PelbagaiUsaha01kPONTIAN, 14 Nov | Para peladang, penternak dan nelayan disaran mempelbagaikan usaha pertanian bertujuan meningkatkan sumber pendapatan dan tidak hanya bergantung penuh kepada sesuatu pekerjaan.

Perkara ini dinyatakan Menteri Pertanian dan Industrti Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika mengadakan lawatan kerja meninjau projek kecil dan usaha pertanian beberapa orang nelayan di Kampung Tanjung Piai, dekat sini.

Menurut Salahuddin, usaha yang dilaksanakan nelayan Kampung Tanjung Piai perlu dicontohi rakan-rakan mereka di tempat-tempat lain kerana ia mampu meningkatkan pendapatan golongan peladang, penternak dan nelayan.

Kerajaan khususnya kementerian, ujar beliau bersedia membekalkan input-input pertanian dan khidmat nasihat kepada para petani dan nelayan yang mempelbagaikan usaha mereka untuk menampung hidup.

Pada program sehari itu, Salahuddin mengunjungi nelayan, Bujang Omar Abu Bakar, 66, di Kg Tg Piai, dekat sini.

Selain ke laut mencari rezeki, Bujang gigih mengusahakan madu kelulut dan ayam kampung.

Kegigihan Bujang dalam mempelbagaikan sumber pendapatan membuahkan hasil apabila beliau tidak lagi bergantung pada hasil tangkapan laut untuk menyara hidup.

Sebagai permulaan, Bujang telahpun menerima bantuan bagi membaik pulih rumah kediamannya.

Usaha yang sama dijalankan Jamaluddin Abdul Rahman, 70, di Kg Tg Piai.

Nelayan tradisional yang tidak lagi gagah untuk ke laut itu kini mengusahakan ternakan ayam kampung.

Minat menternak ayam kampung ini, katanya timbul ketika beliau di usia muda.

Foto di atas : Salahuddin (tengah) melihat sarang kelulut yang diusahakan Bujang Omar (kiri).

PelbagaiUsaha02k
Bertanya sesuatu kepada Jamaluddin (tengah) ketika melawat ternakan ayam kampung nelayan tersebut.

Kini ayam kampung yang dibiaknya sendiri telah berjumlah lebih 200 ekor.

Permintaan ayam kampung di sekitar daerah Pontian, jelas beliau amat tinggi dan harga jualan borong di reban kini RM15 sekilogram.

Jamaluddin mengakui tidak menghadapi masalah untuk menjual ayam kampung dan merancang untuk membesarkan lagi aktiviti penternakannya.

Usaha beliau juga mendapat perhatian kementerian apabila menerima bantuan melalui program Rezeki Tani yang disampaikan sendiri Salahuddin.


PelbagaiUsaha03k

Melihat kolam udang umpan diusahakan Mat Safi.

Seorang lagi nelayan yang sempat dilawati Salahudidin ialah Mat Safi Abd Rahim, 52.

Beliau mengusahakan ternakan udang umpan yang dijual hidup kepada pemancing.

Ketika ditemui Mat Safi melahirkan perasaan gembira kerana hobi memancing yang kian berkembang khususnya di daerah ini melonjakkan lagi pasaran udang umpan.

Usaha beliau kini menampakkan hasil dan Mat Safi tidak lagi hanya bergantung kepada hasil tangkapan laut untuk menyara keluarga.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)