PONTIAN, 26 Okt | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sentiasa mengadakan pelbagai aktiviti khidmat sosial bertujuan mengeratkan hubungan dengan warga peladang sekaligus menyampaikan maklumat mengenai aktiviti perladangan kepada kelompok sasar.
Program khidmat sosial seperti Himpunan Peladang juga membuktikan komitmen NAFAS untuk terus memajukan aktiviti perniagaannya di samping menyumbang kembali kepada komuniti peladang.
Berucap pada majlis perasmian Himpunan Peladang di SK Rambah, dekat sini, 26 Oktober lalu, Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Wan Kharizal Wan Khazim berkata, program seumpama ini juga dapat mengeratkan hubungan NAFAS dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dengan ahli akar umbi.
Foto di atas : Wan Kharizal menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Himpunan Peladang di SK Rambah, Pontian. |
Foto : Sebahagian hadirin pada majlis perasmian Himpunan Peladang. |
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MoA), Dato' Salim Parlan, AJP NAFAS, Dato' Ahmad Bhari Abd Rahman dan Encik Ishak Taib, Pengarah Kumpulan Pembangunan Peladang NAFAS, Haji Abu Sujak Sahuji juga wakil-wakil Pertubuhan Peladang Negeri dan Kawasan.
Foto : Dari kiri, Haji Sujak, Dato’ Ahmad Bhari, Datuk Seri Salahuddin, Wan Kharizal dan Ishak di gerai jualan NAFAS. |
Berucap lanjut, Wan Kharizal berkata, sempena program itu juga, NAFAS turut menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM80,000 kepada 400 asnaf peladang dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan dan PPK Pekan Nanas.
"Ini merupakan sebahagian daripada komitmen NAFAS dalam memastikan keuntungan dari perniagaannya dikongsi semula bagi manfaat ahli peladang. Ia juga diharap dapat membantu meringankan perbelanjaan seharian penerima dan ahli keluarga," katanya.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang dua hari himpunan itu berlangsung antaranya pameran dan jualan produk makanan jenama "Peladang", promosi ayam sejuk beku, program ceramah santai "Peladang Wira Kita" oleh Ustaz Don Daniel, pertandingan Juadah Bonda, perkhidmatan servis motorsikal percuma dan program Pendidikan pertanian untuk kanak-kanak.
Sebahagian hadirin pada majlis perasmian Himpunan Peladang.
Johor, 23 September 2021 - YH. Dato' Zamri bin Yaakob, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS mengadakan lawatan kerja ke Medan Juara Sdn. Bhd. Lawatan kerja ini bertujuan meninjau sendiri tapak dan tempat...
Read morePendang, 19 September 2021 - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Yang Berhormat Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh pada hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Musim Menuai Program Pengurusan Tanaman Padi...
Read morePUTRAJAYA, 10 September 2021 - Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, mengumumkan agihan kadar dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) di bawah...
Read more2 Mei 2021 | Shah Alam - NAFAS menyempurnakan tanggungjawab zakat perniagaan bagi Negeri Selangor dengan penyerahan zakat sebanyak lebih RM 2.59 juta kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.Simbolik penyerahan disampaikan...
Read moreIsnin | 26 APRIL 2021 - Jawatankuasa Penyelaras Pengerusi-Pengerusi PPK MADA menyatakan sokongan terhadap usaha NAFAS dalam memastikan Industri Padi Beras Negara berkembang maju seiring dengan halatuju yang telah ditetapkan oleh...
Read moreSelasa | 30 Mac 2021 - Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan telah menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan dalam Program Jom Ke Sekolah di Beluran Sabah. Seramai 7,000...
Read moreMajlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara NAFAS dan Enspire Ventures Sdn Bhd telah berlansung di Dewan Utama NAFAS hari ini diwakili oleh Pengerusi Ahli jemaah Pengarah NAFAS Ybhg. Dr. Anis bin...
Read more9 Januari 2021 - Seramai 450 orang pelajar dari kawasan Parlimen Jasin telah menerima bantuan sumbangan kelengakapan persekolahan di dalam satu Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Jasin yang disampaikan oleh YB...
Read morePenggunaan teknologi dalam pertanian dipelopori oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan seiring dengan perkembangan dunia saban tahun sekaligus membawa hasrat kerajaan untuk memacu industri pertanian ke arah teknologi berdaya tinggi. Dengan...
Read more7 JANUARI 2021 | PRIMA KAJANG, SELANGOR - Ayam sejuk beku keluaran NAFAS Food kini boleh didapati di stesen minyak Petronas yang terpilih menerusi program Segar@Mesra hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam...
Read more