logo-nafas

PELADANG DISARAN TIDAK BERGANTUNG PADA HASIL KOMODITI

waletbeluran07k
BELURAN, 17 Okt | Para peladang disaran tidak terlalu bergantung kepada hasil komoditi seperti kelapa sawit malah perlu mengusahakan bidang lain yang mampu mendatangkan hasil lumayan sekaligus mengubah taraf hidup mereka. Berucap pada majlis perasmian Karnival Sarang Burung Walet 2019 Daerah Beluran, 17 Oktober lalu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran, Datuk James Ratib menyeru peladang khususnya di kawasan itu supaya menceburi bidang ternakan burung walet yang terbukti mampu memberikan pulangan yang baik.

Beliau berkeyakinan penuh Beluran mampu menjadi hab penternakan burung walet di Sabah memandangkan sambutan hangat yang diterima daripada golongan peladang tempatan. Ini katanya terbukti apabila pihak penganjur Seminar Burung Walet yang berlangsung pada 16 Oktober lalu terpaksa mengehadkan penyertaan kepada 350 orang ekoran sambutan yang di luar jangkaan.

waletbeluran06k

Foto - Datuk Mazlan dan Hisyamuddin sambil diiringi Anita melawat gerai pameran NAFAS dan LPP.

Karnival Sarang Burung Walet 2019 Daerah Beluran pertama kali diadakan dan berlangsung selama dua hari. Pelbagai acara diadakan sempena karnival yang dirasmikan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman. Hadir sama pada majlis perasmian Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Encik Hisyamudin Ghazali, Pengarah LPP Sabah, Hajah Anita Misuari dan wakil-wakil ketua jabatan negeri dan persekutuan. James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut turut terlibat dalam penternakan burung walet dan banyak membantu peladang lain untuk menceburi bidang itu.

PPK Beluran juga bertindak sebagai pusat pengumpulan dan penggredan sarang burung walet dengan bantuan LPP Sabah dan sebuah syarikat pemprosesan dan pengeksportan sarang burung walet berpangkalan di Johor. Bagi meningkatkan lagi taraf hidup peladang di Beluran, James mahu cadangan mewujudkan kilang memproses sarang burung walet di Beluran oleh PPK dipercepatkan kerajaan. Pembinaan kilang memproses sarang burung walet yang sah di Beluran, ujarnya boleh membanteras percambahan kilang memproses burung walet secara haram yang dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti produk dan imej industri sarang burung walet negara. Menyentuh tentang kewujudan 1000 rumah burung walet di daerah itu, James menyarankan LPP supaya memberi geran khas kepada para pengusaha untuk menaikkan taraf rumah burung walet sedia ada yang kebanyakannya dibina tanpa mengikut spesifikasi standard. "PPN juga perlu menganjurkan kursus penternakan burung walet secara percuma kepada pengusaha sarang burung walet di Sabah," katanya.

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)