Pegawai Pembangunan Peladang (PPP) berperanan sebagai 'duta NAFAS' untuk berhubung dengan masyarakat khususnya ahli pertubuhan peladang, kata Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Puan Normah Yusof. Berucap pada Program Permukiman PPP Bersama AJP NAFAS di sebuah hotel di ibu negara, 2 Oktober lalu, PPP ujar Normah perlu membantu ahli peladang dengan baik dan teratur serta berusaha membangunkan para peladang, pertubuhan peladang dan negara.
Beliau juga menyarankan PPP menarik generasi muda mengusahakan bidang pertanian sekaligus menjadi ahli pertubuhan peladang. Pengalaman beliau menghadiri program membabitkan Peladangnita mendapati kebanyakan ahli peladang telah lanjut usia dan mengakui tidak lagi berdaya untuk melaksanakan kerja-kerja berat. Para peladang juga, katanya mengadu usaha mereka di bidang pertanian dan penternakan enggan diteruskan anak-anak terutamanya mereka yang berkelulusan tinggi sedangkan para peladang yang telah berusia tidak lagi berdaya untuk bertani dan menternak. Oleh itu beliau menyarankan PPP mengambil inisiatif menarik penglibatan anak-anak peladang termasuk graduan institusi pengajian tinggi untuk berkecimpung dalam bidang pertanian. PPP juga katanya, punyai tugas berat untuk membantu Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan graduan bidang pertanian berkecimpung dalam bidang ini. "Pastikan ahli-ahli peladang terdiri daripada orang muda yang mampu melaksanakan tugas-tugas berat di ladang," katanya.
Sementara itu ketika memberikan amanat di program yang sama, Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari mengingatkan peranan yang perlu dipikul PPP sebagai 'duta' di barisan hadapan. PPP katanya, perlu membantu AJP dalam melaksanakan perancangan dan program di peringkat negeri dan kawasan selain menjadi 'pegawai penghubung' antara NAFAS dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) juga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). PPP yang bakal ditempatkan di pejabat PPN juga, tambah beliau perlu menyalurkan sebarang maklumat dan isu di peringkat PPK dan PPN kepada AJP NAFAS bagi tindakan segera di samping membantu melaksanakan program-program anjuran NAFAS di negeri-negeri.
Haji Ahmad mengharapkan kursus induksi dua hari itu dapat memahirkan PPP dalam aspek pengurusan NAFAS, bertujuan memudahkan mereka melaksanakan tugas mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan. "PPP bawa 'flagship' NAFAS dan kerajaan. Bantulah kerajaan untuk melaksanakan tugas kepada rakyat khususnya ahli peladang," katanya.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more