logo-nafas

TARIK MINAT GENERASI MUDA CEBURI BIDANG PERTANIAN

AGMPerlis01k
Industri pertanian negara perlu dimajukan bagi menarik minat generasi muda berkecimpung dalam bidang ini, kata Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi. Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Perlis Ke-36 di Dewan Peladang, Pertubuhan Peladang Kawasan Bahagia C-1, Kangar pada 26 September, beliau berkata, industri pertanian negara yang agak terkebelakang tidak mampu menarik minat anak muda untuk menyertai bidang ini. Malaysia ujarnya, perlu mencontohi negara-negara lain yang mampu memajukan industri pertanian dan menghasilkan ramai peladang berpendapatan tinggi sekaligus menarik ramai anak muda menceburi sektor ini. "Bekalan makanan yang mencukupi bagi rakyat menjadi matlamat utama untuk dicapai oleh kerajaan agar aspek keselamatan makanan negara terjamin dan import makanan dapat dikurangkan," ujar beliau.


AGMPerlis02k

Hadir sama pada majlis itu Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Haji Wan Kharizal Wan Khazim dan Dato' Tengku Aziz Tengku Jaafar, Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari dan wakil Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perlis. Dato' Phahrolrazi turut menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar NAFAS melaksanakan program estet padi bagi meningkatkan pengeluaran padi negara. "NAFAS memang sedang bekerja keras untuk merealisasikan hasrat Tun Mahathir itu," katanya.

Sementara itu, Dato' Tengku Aziz yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perlis mengucapkan terima kasih kepada NAFAS kerana memberikan sumbangan bagi menjayakan mesyuarat agung pada kali ini. Beliau menambah, walaupun datang daripada pelbagai latar belakang politik, ahli jemaah pengarah berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan NAFAS dan peladang di seluruh negara.


14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)