logo-nafas

PROGRAM KASIH PELADANG KEDAH BERI SUMBANGAN KEPADA 500 ASNAF PELADANG DAN SETEMPAT

kasih peladang k1
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Program Kasih Peladang Kedah di Dewan Masjid Sungai Baru Gunong, di sini pada 24 Ogos 2019 (Sabtu). Program disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir Amiruddin bin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.
Turut hadir, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Yang Berhormat Dato’ Phahrolrazi bin Mohd Zawawi, Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Bhari bin Abd Rahman, Yang Mulia Dato’ Tengku Aziz bin Tengku Jaafar dan Yang Berusaha Ishak bin Taib serta Pengurus Besar NAFAS, Tuan Haji Ahmad bin Shaari.

 


kasih peladang k5
Program Kasih Peladang dianjurkan NAFAS di 10 buah lokasi di seluruh negara yang memberi manfaat kepada kira-kira 4,300 orang penerima pada tahun ini. Program ini diadakan buat julung-julung kalinya di Pulai, Johor yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Salahuddin bin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada Mei lalu. Penganjuran program ini adalah bagi menunjukkan komitmen NAFAS dalam memastikan setiap keuntungan dari aktiviti perniagaan NAFAS dikongsi semula bagi manfaat ahli peladang serta golongan asnaf setempat.

kasih peladang k3


Program Kasih Peladang Kedah menyaksikan penyampaian sumbangan sebanyak RM100,000.00 kepada seramai 500 orang penerima yang terdiri daripada asnaf peladang dan asnaf setempat. Ini merupakan sebahagian daripada wakalah zakat perniagaan NAFAS di negeri Kedah. Pemilihan asnaf ini adalah daripada semakan dan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dibawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Adalah diharap dengan bantuan kewangan yang disampaikan ini dapat membantu meringankan kos perbelanjaan seharian serta memanfaatkan penerima dan ahli keluarga.

kasih peladang k4
Program ini antara lain dapat juga mengeratkan hubungan silaturahim antara Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS, kepimpinan peladang di peringkat kawasan bersama-sama ahli peladang serta masyarakat setempat.




14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)