Pengurusan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah distruktur semula bagi memastikan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Salahuddin Ayub berkata, kerajaan bersikap proaktif dan positif terhadap NAFAS bagi memastikan ia kembali kepada fungsi asal - memajukan kepentingan ekonomi, sosial dan kebajikan ahlinya.
“Adalah diharap dengan pemilihan saf kepemimpinan baharu ini dapat melahirkan lebih ramai pemimpin berintegriti bagi menjamin keperluan golongan sasar,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu majlis pengumuman pelantikan Pengerusi dan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu di ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara di sini baru-baru ini.
Dalam majlis yang sama turut diadakan upacara menandatangani Surat Aku Janji serta bacaan Ikrar Aku Janji. YB Dato’ Phahrolrazi Mohd Zawawi, 66 diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Kedah.
YB Menteri turut mengumumkan pelantikan lima orang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan lima lagi AJP yang merupakan calon simpanan daripada pemilihan AJP NAFAS pada tahun 2016 bagi penggal 2016-2019. Barisan AJP NAFAS yang baharu ialah Wan Kharizal Wan Khazim, Mohd. Hisyamuddin Ghazali, Normah Yusof, YB Senator Dr. Yaakob Sapari dan YB Muhamad Said Jonit yang merupakan AJP lantikan Menteri. Lima lagi AJP NAFAS ialah YB Datuk Haji Abdul Aziz Derashid, YBhg. Dato' Haji Ahmad Bhari Abd Rahman, Y.M Dato' Tengku Aziz Tengku Jaafar, Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more