logo-nafas

PERANAN NAFAS DALAM RANTAIAN NILAI JAGUNG BIJIAN PERTUBUHAN PELADANG

IMG 6379

 

MUAR, JOHOR; 21 JULAI 2017 : Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengambil inisiatif dalam memfokuskan kepada pengukuhan rantaian nilai Pertubuhan Peladang (PP) melalui proses penanaman dan pengeluaran jagung bijian dan penubuhan kilang makanan ternakan ayam tempatan, NAFAS Feedmills Sdn. Bhd. di Mukim Sri Menanti, Parit Jawa, Muar, Johor.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, perancangan pembangunan oleh NAFAS ini seiring serta merealisasikan saranan Kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan jagung bijian. “Rantaian ini secara tidak langsung dapat membantu kementerian dalam memastikan harga daging ayam yang relatif lebih rendah dan stabil disamping mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian pada Program Lawatan Kerja ke NAFAS Feedmills Sdn. Bhd. di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi NAFAS, Dato’ Sri Saipolbahari Suib.

IMG 6382

Dalam majlis yang sama, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian diantara NAFAS, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dan Welmetra Sdn. Bhd bersama-sama beberapa anak syarikat NAFAS yang berkaitan. Katanya, tanaman jagung bijian merupakan salah satu tanaman yang berpotensi untuk dikembangkan dan dijangka dapat mengurangkan kebergantungan bekalan import jagung bijian daripada luar negara.

IMG 6378

Mengulas lanjut, Dato’ Sri Saipolbahari berkata, rantaian nilai tersebut melibatkan tiga [3] peringkat utama iaitu NAFAS, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) – ahli peladang individu melalui peranan yang berbeza.

Peringkat ini dijelaskan melalui peranan masing-masing iaitu :

1) PPK/ahli peladang individu sebagai peserta, penanam jagung bijian,

2) PPN pula akan menjalankan proses pengeringan jagung bijian,

3) NAFAS sebagai pengeluar dan pemasar makanan ternakan ayam melalui penubuhan kilang makanan ternakan yang akan memberikan jaminan pembelian hasil jagung bijian yang dikeluarkan oleh peserta mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

IMG 6374

Merujuk kepada konsep yang digunakan penanaman jagung bijian ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dimana pada peringkat pertama penanaman dijalankan oleh pihak PPK Bakri di Mukim Labis, Daerah Muar, Johor dengan sekitar keluasan seluas 8 hektar yang bakal menghasilkan sekitar 48 metrik tan jagung bijian. Peringkat seterusnya adalah proses pengeringan yang akan dijalankan oleh pihak PPN Johor dan diteruskan oleh pihak NAFAS dengan memproses jagung bijian [bahan mentah] tersebut sebagai makanan ternakan ayam dan memasarkannya melalui pasaran dalaman dan pasaran luaran. Dalam memastikan perancangan pembangunan masa hadapan bagi mengukuhkan rantaian nilai PP ini, beberapa lokasi penananaman jagung bijian telah dikenalpasti bagi memenuhi keperluan kapasiti pengeluaran kilang-kilang makanan ternakan ayam yang dibangunkan oleh pihak NAFAS.

 IMG 6379

Ini jelas menunjukkan impak pelaksanaan ini dapat membantu dalam melengkapkan dan memperkasakan rantaian nilai sediada PP dan sekaligus dapat meningkatkan taraf sosioekonomi ahli-ahli peladang pada masa hadapan.

13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
12-08-2022
CABUTAN BERTUAH SEMPENA KEMPEN TAMBAH AHLI ANJURAN DANA PELADANG KEBANGSAAN (DPK)
CABUTAN BERTUAH SEMPENA KEMPEN TAMBAH AHLI ANJURAN DANA PELADANG KEBANGSAAN (DPK)

  Cabutan bertuah Sempena Kempen Tambah Ahli anjuran Dana Peladang Kebangsaan (DPK) bersama Pemangku Pengurus Besar NAFAS, En. Saripol Baharin bin Karim dan Pengurus Kanan DPK, Pn. Noor Azizah Binti Abdul...

Read more
12-08-2022
PELANCARAN BUKU MASAKAN OLEH PELADANGNITA
PELANCARAN BUKU MASAKAN OLEH PELADANGNITA

  Buku Resepi dari Dapur PeladangNita sempena MAHA2022 telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian & Industri Makanan, Dato' Haslina binti Abdul Hamid sambil diiringi oleh Ahli Jemaah Pengarah NAFAS merangkap...

Read more
12-08-2022
LAWATAN MB KEDAH KE LAMAN PADI
LAWATAN MB KEDAH KE LAMAN PADI

  Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md. Nor bersama Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi, Azman bin Mahmood, mengunjungi booth NAFAS di Laman Padi.  

Read more
12-08-2022
LAWATAN YBHG. DATO’ INDERA HAJI MUSTAFFAR KAMAL KE PAVILION NAFAS
LAWATAN YBHG. DATO’ INDERA HAJI MUSTAFFAR KAMAL KE PAVILION NAFAS

  Meriah! Dato’ Indera Haji Mustaffar Kamal bin Haji Ab Hamid, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS menyantuni pengunjung yang datang semasa "Happy Hour" di Pavilion NAFAS.  

Read more
12-08-2022
JUALAN BAJA DI CASTLE OF FRUIT FAMA
JUALAN BAJA DI CASTLE OF FRUIT FAMA

  Jualan Happy Hour Baja Sebatian Peladang di Castle of Fruits, Laman Tiba oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian & Industri MakananKepada para pengunjung, jangan lepaskan peluang untuk ke...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2021 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)