MUAR, JOHOR; 21 JULAI 2017 : Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengambil inisiatif dalam memfokuskan kepada pengukuhan rantaian nilai Pertubuhan Peladang (PP) melalui proses penanaman dan pengeluaran jagung bijian dan penubuhan kilang makanan ternakan ayam tempatan, NAFAS Feedmills Sdn. Bhd. di Mukim Sri Menanti, Parit Jawa, Muar, Johor.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, perancangan pembangunan oleh NAFAS ini seiring serta merealisasikan saranan Kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan jagung bijian. “Rantaian ini secara tidak langsung dapat membantu kementerian dalam memastikan harga daging ayam yang relatif lebih rendah dan stabil disamping mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian pada Program Lawatan Kerja ke NAFAS Feedmills Sdn. Bhd. di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi NAFAS, Dato’ Sri Saipolbahari Suib.
Dalam majlis yang sama, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian diantara NAFAS, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dan Welmetra Sdn. Bhd bersama-sama beberapa anak syarikat NAFAS yang berkaitan. Katanya, tanaman jagung bijian merupakan salah satu tanaman yang berpotensi untuk dikembangkan dan dijangka dapat mengurangkan kebergantungan bekalan import jagung bijian daripada luar negara.
Mengulas lanjut, Dato’ Sri Saipolbahari berkata, rantaian nilai tersebut melibatkan tiga [3] peringkat utama iaitu NAFAS, Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) – ahli peladang individu melalui peranan yang berbeza.
Peringkat ini dijelaskan melalui peranan masing-masing iaitu :
1) PPK/ahli peladang individu sebagai peserta, penanam jagung bijian,
2) PPN pula akan menjalankan proses pengeringan jagung bijian,
3) NAFAS sebagai pengeluar dan pemasar makanan ternakan ayam melalui penubuhan kilang makanan ternakan yang akan memberikan jaminan pembelian hasil jagung bijian yang dikeluarkan oleh peserta mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Merujuk kepada konsep yang digunakan penanaman jagung bijian ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dimana pada peringkat pertama penanaman dijalankan oleh pihak PPK Bakri di Mukim Labis, Daerah Muar, Johor dengan sekitar keluasan seluas 8 hektar yang bakal menghasilkan sekitar 48 metrik tan jagung bijian. Peringkat seterusnya adalah proses pengeringan yang akan dijalankan oleh pihak PPN Johor dan diteruskan oleh pihak NAFAS dengan memproses jagung bijian [bahan mentah] tersebut sebagai makanan ternakan ayam dan memasarkannya melalui pasaran dalaman dan pasaran luaran. Dalam memastikan perancangan pembangunan masa hadapan bagi mengukuhkan rantaian nilai PP ini, beberapa lokasi penananaman jagung bijian telah dikenalpasti bagi memenuhi keperluan kapasiti pengeluaran kilang-kilang makanan ternakan ayam yang dibangunkan oleh pihak NAFAS.
Ini jelas menunjukkan impak pelaksanaan ini dapat membantu dalam melengkapkan dan memperkasakan rantaian nilai sediada PP dan sekaligus dapat meningkatkan taraf sosioekonomi ahli-ahli peladang pada masa hadapan.
Johor, 23 September 2021 - YH. Dato' Zamri bin Yaakob, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS mengadakan lawatan kerja ke Medan Juara Sdn. Bhd. Lawatan kerja ini bertujuan meninjau sendiri tapak dan tempat...
Read morePendang, 19 September 2021 - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Yang Berhormat Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh pada hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Musim Menuai Program Pengurusan Tanaman Padi...
Read morePUTRAJAYA, 10 September 2021 - Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, mengumumkan agihan kadar dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) di bawah...
Read more2 Mei 2021 | Shah Alam - NAFAS menyempurnakan tanggungjawab zakat perniagaan bagi Negeri Selangor dengan penyerahan zakat sebanyak lebih RM 2.59 juta kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.Simbolik penyerahan disampaikan...
Read moreIsnin | 26 APRIL 2021 - Jawatankuasa Penyelaras Pengerusi-Pengerusi PPK MADA menyatakan sokongan terhadap usaha NAFAS dalam memastikan Industri Padi Beras Negara berkembang maju seiring dengan halatuju yang telah ditetapkan oleh...
Read moreSelasa | 30 Mac 2021 - Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan telah menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan dalam Program Jom Ke Sekolah di Beluran Sabah. Seramai 7,000...
Read moreMajlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara NAFAS dan Enspire Ventures Sdn Bhd telah berlansung di Dewan Utama NAFAS hari ini diwakili oleh Pengerusi Ahli jemaah Pengarah NAFAS Ybhg. Dr. Anis bin...
Read more9 Januari 2021 - Seramai 450 orang pelajar dari kawasan Parlimen Jasin telah menerima bantuan sumbangan kelengakapan persekolahan di dalam satu Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Jasin yang disampaikan oleh YB...
Read morePenggunaan teknologi dalam pertanian dipelopori oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan seiring dengan perkembangan dunia saban tahun sekaligus membawa hasrat kerajaan untuk memacu industri pertanian ke arah teknologi berdaya tinggi. Dengan...
Read more7 JANUARI 2021 | PRIMA KAJANG, SELANGOR - Ayam sejuk beku keluaran NAFAS Food kini boleh didapati di stesen minyak Petronas yang terpilih menerusi program Segar@Mesra hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam...
Read more